05 October 2022

ISU GELARAN 'DATUK PALSU' SUAMI - FOUZIAH GOUS AKHIRNYA TAMPIL BERSUARA



"Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih. Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah.


"Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem. Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?

"Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas? Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada.

"Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih," demikian jelas pelakon Datin Fouziah Gous yang akhirnya tampil bersuara berhubung isu gelaran 'Datuk Palsu' suaminya, Datuk Zhafran Md Yusof.

Fouziah berkata tiada keperluan untuk suaminya membuktikan dia memiliki gelaran Datuk. Dalam pada itu, Fouziah berkata suaminya mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima dari Istana Pahang pada 2016, namun menghadiri pertabalan pada hujung 2017.

Klik untuk gambar besar



Menerusi Harian Metro, Fouziah turut meminta individu yang mempertikaikan gelaran 'Datuk' suaminya itu menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.

Minggu lalu, hangat diperkatakan apabila pihak mendakwa gelaran 'Datuk' yang dimiliki oleh suami pelakon Datin Paduka Eina Azman dan Datin Fouziah Gous adalah palsu.

Selain suami Fouziah, gelaran 'Datuk' suami Datin Seri Heliza Helmi dan Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu. Isu itu timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad.

Individu terbabit mendedahkan gelaran 'Datuk' itu tidak dimiliki suami selebriti terbabit selepas tidak tersenarai dalam sistem istiadat. Sementara itu, individu itu juga mendakwa tindakan tersebut dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: