"Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih seksi sehingga menayangkan aset tapi tidak dikecam. Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikecam. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen," ujar penyanyi Baby Shima.
Sering terpalit dengan kontroversi panas, Baby Shima meluahkan rasa sedih sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial. Tambah Baby Shima, dia merasa hairan kerana apa sahaja yang dilakukannya pasti akan menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Bagaimanapun, Shima berkata dia tidak pernah menayang tubuh badan namun sering dikecam, sebaliknya ada artis wanita lain yang lebih seksi namun dipuji pula.
Dalam pada itu, Shima berkata dia tidak lagi melenting serta tidak kisah apabila dikecam kerana dia sedar apa saja dilakukannya serba tidak kena di mata netizen.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengecam kerana apa saja yang saya lakukan pasti ada saja tidak kena di mata mereka. Bagi makan kucing mpun kena kecam, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang," katanya.
Sementara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memberitahu dia pernah menerima panggilan daripada seorang ustaz yang memberi teguran secara peribadi.
"Saya suka menerima teguran secara peribadi tanpa nama disebut kerana jika ditegur secara umum, saya jugalah yang akan menerima kecaman netizen nanti," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment