17 October 2022

LAMBANG MATA SATU DI PENTAS GEGAR VAGANZA 9 TIMBUL RASA KURANG SENANG NETIZEN



Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) telah berlangung semalam dimana ia memaparkan persaingan sengit para peserta. Bagaimanapun, tular video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang menjadi bualan ramai di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider mempersembahkan lagu 'Angin' daripada kumpulan Dewa19. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila terpampang satu lambang pada skrin di atas pentas ketika persembahan iaitu lambang mata satu yang simbolik dengan 'dajjal' dan agenda illuminati.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa serta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang terlibat dengan program tersebut membenarkan lambang itu berada di atas pentas.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, ada juga menjelaskan bahawa lambang tersebut diambil daripada cover album berkenaan daripada kumpulan band terkenal Indonesia, Dewa19 dan ianya sudah lama digunakan.

Terdahulu, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati. Sebaliknya cover dari album Cintailah Cinta itu dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalamnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: