"Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen.
"Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu," demikianlah dedah penyanyi Shila Amzah yang mengesahkan dia mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata, akibat masalah itu persembahannya pada minggu keempat di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terjejas selepas mengalami serangan ketika berada di pentas.
Klik untuk gambar besar
Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, Shila memberitahu ada beberapa penyebab yang mempengaruhi dirinya sehingga mendapat serangan secara tiba-tiba. Ini termasuklah faktor dirinya penat selain terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan netizen tentang dirinya di media sosial.
"Mungkin antara faktornya sebab saya penat, kadang-kadang nak cari komen positif terjumpa perkara negatif yang memberi kesan. Setakat ini, minggu ketiga dan keempat paling teruk. mungkin juga secara tak langsung benda itu menganggu emosi saya di pentas," jelasnya.
Sementara itu, Shila berkata, setiap minggu dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya lebih menumpukan untuk memberi persembahan terbaik dan menghiburkan penonton.
"Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton.
"Ini termasuk apa kelainan yang boleh saya tonjolkan untuk minggu itu. Setiap persembahan itu kalau tidak banyak, sikit ada kelainan daripada minggu sebelumnya," jelasnya.
Terdahulu, pada minggu keempat GV9, Shila menyampaikan lagu 'Pudar' nyanyian asal Indah Ruhaila tidak berada dalam senarai lima terbaik dan hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri.
________________________
No comments:
Post a Comment