21 October 2022

NAFI HAMIL ANAK KETIGA - PUTERI SARAH PILIH UNTUK KELIHATAN BERISI DARIPADA KURUS



Nama pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ini hangat diperkatakan selepas baru-baru ini memuat naik fotonya di laman Instagram mengenakan pakaian berwarna krim dan tudung merah jambu. Hantaran berkenaan mendapat lebih 23,000 tanda suka dan hampir 170 komen.


Ini kerana foto tersebut telah menarik perhatian rata-rata pengguna laman sosial yang tertumpu pada bahagian perut Puteri Sarah yang sedikit berisi seakan-akan baby bump sekaligus mencetuskan spekulasi netizen bahawa pelakon itu sedang hamil.

Diruangan komen, netizen meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira jika benar Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana sedang hamil anak ketiga.

"Hamil lagi ka?" itu soal pengguna laman sosial.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah, 37, bagaimanapun berkata, dia tidak hamil seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan. Meninjau ke ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas komen pengikut.

Puteri Sarah dilihat ada meninggalkan komen memberitahu dia memilih untuk kelihatan berisi daripada fizikal bentuk badan yang kurus.

"Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam," katanya.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: