13 October 2022

NEELOFA: "EDIT MUKA ANAK SAYA SAMPAI JADI BUKAN RUPA DIA, LEPAS TU SEBAR & KOMEN JAHAT... DAH PUAS HATI"



Semua sedia maklum mengenai selebriti popular, Noor Neelofa sehingga kini masih belum mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal. Namun baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila ada individu menyebarkan gambar Bilal.


Susulan penyebaran tersebut, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen tersebut serta menyifatkan apa yang dilakukan individu itu seolah-olah tidak menghormati dirinya.

Malah, hari ini pula tular apabila beberapa gambar Bilal yang telah diedit dan dijadikan bahan jenaka di media sosial oleh netizen.

Berhubung hal itu, Neelofa menerusi perkongsian di Insta Story, meluahkan rasa sedih dan terluka apabila ada netizen yang bertindak mengedit wajah Bilal menjadi orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu... dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar," tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Neelofa turut mengingatkan supaya jangan melampau dalam melakukan sesuatu perkara seperti mengubah wajah bayi semata-mata untuk kepuasan hati sendiri sehingga menimbulkan fitnah.

Pada masa sama, Neelofa juga mengingatkan supaya menjaga hati dan perasaan para ibu yang melalui kesusahan sewaktu mengandung serta melahirkan anak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: