"Noh 'bersih' dan tidak dipengaruhi bahan terlarang. Cuma apabila orang merakam dari tepi, nampak seperti dia meludah penonton. Walhal jarak antara pentas dan penonton juga agak jauh dan dipisahkan besi penghadang.
"Kami harap tiada spekulasi yang menganggap tindakan tersebut disebabkan bahan terlarang. Noh 'bersih', itu saya yakin 100 peratus. Mungkin sebab rambutnya kelihatan tidak terurus, tetapi dalam keadaan panas berkurung di dewan yang dipenuhi 13,000 penonton, tentu saja susah nak maintain elok."
Demikian jelas pengurus kumpulan Hujan iaitu Ahmad Ariffin Ahmad dimana dia menafikan dakwaan Noh Salleh mengambil bahan terlarang dan perbuatannya itu adalah tindakan spontan kerana terkena renjatan elektrik.
Netizen meminta pihak berkuasa menjalankan ujian air kencing terhadap penyanyi itu, susulan tindakan Noh meludah di atas pentas ketika persembahan baru-baru ini.
Pada masa sama, Ahmad Ariffin meminta maaf sekiranya ada penonton yang terkena ludahan dalam insiden tidak disengajakan itu. Akuinya, Noh juga sudah maklum mengenai penularan video pendek berkenaan selain akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Klik untuk gambar besar
"Selepas konsert berakhir kami sibuk mengemas peralatan untuk terus keluar dari kawasan tersebut bagi mengelak kesesakan. Hanya pada keesokan hari (kelmarin) kami berbual mengenai peristiwa dia terkena renjatan. Walaupun tidak teruk, impak terkejut dan kebas tetap dirasainya ketika itu.
"Tak terfikir pula insiden tersebut mengundang salah faham hanya disebabkan dirakam dari sudut tepi. Apa pun perkara yang berlaku ini jadi peringatan," ujarnya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan Noh masih berada dalam keadaan tertekan disebabkan bercerai dengan Mizz Nina, Ahmad Ariffin berkata soal peribadi bukan dalam pengetahuannya.
"Hal peribadi memang kami tidak pernah bincangkan, namun saya nampak dia sibuk dengan beberapa projek lain termasuk projek solo. Jadi semuanya macam biasa saja," katanya.
________________________

No comments:
Post a Comment