07 October 2022

NETIZEN SINDIR ELLY MAZLEIN TUTUP WAJAH ANAK: "KAWAN BILAL NI"



Siapa yang mengikuti perkembangan Elly Mazlein di media sosial, pasti tahu pelakon dan pengacara ini mengambil tindakan menutup wajah anak-anak. Malah, sehingga kini Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom belum mendedahkan wajah cahaya mata lelakinya sejak dilahirkan pada Oktober tahun lalu.


Baru-baru ini, perkongsian Elly menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video pendek anak keduanya, Haider Mateen yang dilihat memakai baju romper berwarna putih dengan gambar pasukan bola sepak terkemuka, Manchester United.

Perkongsian pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat telatah Haider serta memuji kecomelan anak selebriti itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyindir Elly serta menyamakan dengan selebriti terkenal Noor Neelofa kerana tindakannya menutup wajah Haider.

Klik untuk gambar besar



Meskipun ada yang meninggalkan komen sindiran, namun ada yang mempertahankan Elly dengan mengatakan itu adalah hak masing-masing untuk berkongsikan wajah anak atau tidak.

Terdahulu, Elly memberitahu dia enggan berkongsikan wajah anaknya supaya kanak-kanak itu tidak terpalit dengan populariti dunia seni.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang memasuki usia setahun.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, kini berusia lima tahun.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: