07 October 2022

AZIRA SHAFINAZ MOHON DOAKANNYA BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK



Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz baru-baru ini telah menerima kecaman serta teguran selepas memuat naik gambar dirinya tampil imej yang dikatakan semakin seksi.


Berhubung kontroversi itu, Azira memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana bimbang kata-katanya disalah ertikan pihak lain dan meminta mendoakan agar dirinya dapat berubah ke arah lebih baik.

Dalam pada itu, Azira turut berkata lumrah sebagai selebriti dia sudah biasa dengan 'sepak terajang' yang perlu dilalui olehnya.

"Saya tiada komen mengenai perkara ini kerana kalau saya berkata sesuatu pun, orang mungkin akan salah anggap. Nanti spekulasi lain pula timbul.

Klik untuk gambar besar



"Saya sedar tindakan saya ini tak bersesuaian bagi sesetengah tetapi mungkin anda semua boleh mendoakan agar suatu hari nanti, saya akan berubah ke arah lebih baik.

"Sejujurnya sudah tentu saya tak selesa bila ada pihak melabelkan saya degan perkara yang bukan-bukan. Namun, ini adalah lumrah bergelar selebriti. Kita kena hadap perkara seperti itu. Saya tak kata perbuatan ini betul cuma doakanlah yang terbaik untuk saya," katanya.

Sementara itu, Azira berkata dia tidak terkesan dengan komen dilemparkan netizen terhadap dirinya serta memilih untuk tidak membaca komen. Meskipun ada komen yang melampau daripada netizen, namun dia perlu banyakkan bersabar.


"Saya bukan jenis yang suka baca komen. Saya biarkan saja. Dulu mungkin saya kerap baca komen dan tipulah kalau saya tak terkesan. Sebagai manusia, kita juga ada hati dan perasaan.

"Ada juga pihak yang melampau batas dan membuatkan saya berasa geram tapi realiti menjadi seorang artis memang kena banyak bersabar.

"Apa pun teguran yang baik saya tetap akan terima manakala yang buruk, saya akan cuba perbaiki. Saya tak mahu cepat melatah. Ia merupakan satu perkara yang tak baik untuk kita di dalam industri ini," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: