07 October 2022

MASUK PENJARA, GELARAN 'DATUK' DITARIK - FARID KAMIL TAK MENYESAL, ANGGAP UJIAN ALLAH UNTUK UJI KEIMANANNYA



"Ada banyak perkara positif yang dilalui saya sekarang antaranya berlakon di Indonesia dengan Christine Hakim dan Acha Septriasa dalam sebuah filem. Dalam al-Quran ada menyebut, bagaimana seseorang itu boleh mengaku dirinya beriman sedangkan dia tidak diuji?


"Saya bukan saja rasa tapi nampak perkara itu berlaku di depan mata. Itu menunjukkan bahawa ujian yang diberikan kepada saya, mampu atau tidak saya tanggung. Dan juga adakah keimanan saya cukup untuk saya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi?

"Mungkin saya dah buat banyak perkara baik tapi saya tak boleh mengaku saya cukup beriman selagi tidak diuji. Maka ujian itu memberi satu perspektif yang baru dalam hidup saya secara menyeluruh."

Itulah kata pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 41, yang tidak menyesal dengan perkara yang terjadi dalam hidupnya kerana percaya setiap manusia akan menerima ujian.

Klik untuk gambar besar



Farid menyifatkan dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh mahkamah serta gelaran 'Datuk' ditarik balik adalah ujian Allah untuk tahap keimanannya. Menurutnya, dia boleh menghadapi situasi terbabit di dalam kemampuannya.

Terdahulu pada 23 Ogos 2021, Farid dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis, dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, empat tahun lalu.

Farid juga dipenjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap mangsa yang sama pada masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967. Namun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak iaitu Farid hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan.

Bagaimanapun, berikutan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: