"Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah matikan saraf mata, jadi memang dia tak boleh tengok langsung seumur hidup. Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepala dia kerap sakit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa matikan saraf mata.
"Proses itu dilakukan sekaligus ketika dia jalani pembedahan kaki yang sudah dijangkiti kuman. Dia dah tak boleh jalan sejak beberapa lalu disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.
"Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut," kata pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik dimana dia kerap menziarahi pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan.
Menurut Ustaz Taufik yang menziarahinya beberapa hari lalu, keadaan kesihatan pelakon itu kini semakin uzur dan sudah tidak dapat melihat lagi memandangkan saraf matanya sudah dimatikan oleh doktor kerana mahu menhilangkan rasa sakit dan pening kepala yang dialami Pak Lan akibat kencing manis.
Sementara itu, Ustaz Taufik turut memberitahu Pak Lan sebelum ini tetap meneruskan berniaga di tepi jalan biarpun dalam keadaan kurang sihat.
Klik untuk gambr besar
"Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan sakit. Anak dia yang bantu sekali berniaga di tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.
"Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula. Itulah sumber pendapatan Pak Lan.
"Dari dulu Pak Lan memang tak ada nak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur," ujarnya.
Ustaz Taufik turut memaklumkan, mereka yang ingin membantu meringankan beban boleh berbuat demikian dengan menghubungi isteri atau anak-anaknya.
Terdahulu, Pak Lan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Pak Lan tidak lagi aktif berlakon semenjak keadaan kesihatannya yang semakin merosok sejak 2018.
Dalam pada itu, Roslan, 65, yang kali terakhir membawakan watak Tok Ketua dalam filem 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' itu ditemui di kediamannya di Kampung Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Menurut pelakon yang sering tampil dalam drama terbitan Skop Productions itu, beliau amat merindui untuk berlakon teater, drama dan filem bagaimanapun terpaksa melupakan hasrat itu berikutan masalah kesihatan yang dihadapi.
"Saya amat merindui dunia lakonan selepas kali terakhir aktif empat tahun lalu. Saya terpaksa melupakan bidang lakonan kerana faktor kesihatan dan kerinduan saya terhadap rakan yang sama-sama berlakon, terubat juga apabila mereka menziarahi saya," katanya.
Roslan berkata, beliau tidak mampu melangkah berikutan kesakitan kaki kirinya dan terpaksa menghabiskan waktu di atas katil mudah laras. Beliau tidak mampu lagi menjual daging dendeng yang dihasilkan isteri di pekan Masjid Tanah seperti yang dilakukannya sebelum ini.
________________________
No comments:
Post a Comment