Nama Noh Hujan sebelum ini hangat diperkatakan selepas viral isu dia didakwa meludah di atas pentas ketika persembahan sekaligus mengundang kecaman netizen.
Perkara itu turut mendapat respon daripada penyanyi Datuk Awie yang memberi teguran kepada penyanyi band rock Malaysia yang seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersikap baidab ketika melakukan persembahan.
Kenyataan Awie mengatakan tindakan seperti itu bukanlah ciri seorang rocker serta seolah menyamakan dengan perangai beruk telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan, namun ada yang kurang senang dengan pendapatnya itu.
Klik untuk gambar besar
Malah, netizen tersebut dilihat mengungkit kisah rumah tangga vokalis Wings itu yang pernah terpalit dengan isu memukul bekas isteri.
Bagaimanapun, difahamkan perkongsian tersebutt telah pun dipadam oleh netizen berkenaan selepas mendapat pelbagai komen daripada pengguna Twitter lain. Tidak kurang juga, ada yang berpendapat tidak adil untuk membuat perbandingan antara isu peribadi dengan isu meludah di atas pentas.
________________________
No comments:
Post a Comment