Anggota kumpulan dangdut Eva, Izzu atau nama sebenarnya Izzudiawaty Izzudin menuntut penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris membuat permohonan maaf atas tindakan memalukannya di kalangan penggiat seni.
Katanya, Noraniza juga mendakwa akan mengadakan sidang media hari ini dan mencabarnya tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
"Saya mahu Noraniza Idris buat permohonan maaf kerana memfitnah saya menghasut semua artis dan tiada bukti yang jelas. Saya ada WhatsApp Noraniza supaya diadakan sidang media seperti yang dicanangkan tapi dia enggan pula? Sebelum itu cakap macam-macam lagi terhadap saya.
"Dia dah malukan saya dikalangan rakan-rakan penggiat seni lain. Saya hanya komen di Facebook pengarah Murali Abdullah berkenaan penipuan yang dilakukan oleh scammer ini dan bukan mengecam Noraniza. Tidak pernah langsung," katanya.
Terdahulu, Izzu mengesahkan dirinya adalah individu yang dimarahi oleh Noraniza atau mesra dengan gelaran Kak Ani dalam satu rakaman suara yang tular di Facebook semalam.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku dalam kumpulan WhatsApp Skim Perumahan RM10 yang diterajui artis ini membabitkan lebih 100 penggiat seni. Tambahnya lagi, dia segera memaklumkan perkara ini kepada beberapa rakan penggiat seni lain dan menasihatkan mereka agar sama-sama menyiasat kesahihan perkara ini.
"Saya agak terkilan apabila Noraniza secara tiba-tiba meluahkan kemarahannya bertalu-talu kepada saya dalam kumpulan terbabit seolah-olah saya melakukan kesalahan besar.
"Saya juga dituduh memburukkan namanya berkenaan Skim Perumahan terbabit kepada pihak lain sedangkan isu terbabit tidak pernah timbul. Apa yang sebenarnya berlaku ialah saya mula mengesyaki individu wanita konon bergelar Datuk Seri yang mengetahui syarikat perumahan ini adalah scammer.
"Saya sendiri antara yang terbabit menyertai skim Rumahku Syurgaku ini tapi saya cepat tersedar yang skim ini adalah satu penipuan. Itulah yang jadi punca saya bangkit melawan.
"Bodohlah saya jika membiarkan penjahat itu memakan kawan-kawan saya dan sanak saudara saya, malah sesama manusia lain. Niat saya menasihati rakan-rakan kerana Allah untuk menumpaskan pihak yang terbabit sebab saya paling benci penipuan dan kekejaman," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.
________________________
No comments:
Post a Comment