"Salam, semoga hari yang baik untuk semua. Jaga makan dan kurangkan makan cili nanti menggelupur. Minum air yang banyak, baik untuk kesihatan," tulis pelakon Zul Ariffin di laman Twitter semalam dan perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai seolah menyindir pihak tertentu.
Perkongsian Zul itu membuatkan netizen yang tertanya-tanya tentang ayat 'makan cili' itu yang kedengaran seperti berbaur sindiran atau mungkin sekadar peringatan untuk semua.
Selasa lalu, Zul Ariffin telah didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.
Terdahulu, Zul berkata biarlah dirinya sahaja yang mengaku bersalah serta mengatakan orang lain semuanya malaikat dan hanya dia seorang sahaja yang tidak.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment