06 October 2022

NYAWA TERANCAM, REBECCA DALAM DILEMA TERUSKAN KEHAMILAN ANAK KEENAM: "KANDUNGAN KALI INI SANGAT BERISIKO..."



"Assalammualaikum From MummyBecca & Baby BamBam 🤰😇. Doa Yg Baik Baik, Cakap Yg Baik Baik. #InsyaAllah," demikianlah perkongsian pelakon Datin Rebecca Nur Islam di laman Instagram menjadi perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak keenam.


Menerusi entri itu, Rabecca dilihat memegang perutnya yang sudah menampakkan baby bump serta meminta mendoakan yang baik-baik. Perkongsian Rabecca itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen rata-rata netizen yang teruja serta mengucapkan tahniah di atas berita kehamilan tersebut.

Berita gembira yang diumumkan Rebecca mengenai kehamilan anak keenam rupa-rupanya turut datang dengan khabar duka. Rebecca, 36, berkata, kandungan itu berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembedahan dan mungkin membahayakan dirinya kelak.

Apa lebih meruntun jiwa, Rebecca memberitahu ada kemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu bagi mengurangkan risiko ketika bersalin.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya di sebalik berita gembira ini, saya dan suami perlu menerima hakikat bahawa kandungan kali ini sangat berisiko untuk saya. Esok kami akan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui sama ada kandungan ini boleh diteruskan atau pun tidak.

"Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan 'morning sickness'. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.

"Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak-anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean.



"Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan Insya-Allah okay.

"Sekiranya saya pilih untuk meneruskan kehamilan ini, bayi akan selamat tetapi saya tidak. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pemeriksaan dan keputusan yang akan diberitahu doktor nanti," jelasnya yang turut berkata situasi dialami itu membuatkan dia kini dalam dilema.

"Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki," katanya.



Rebecca berkata, kandungan itu berisiko tinggi kerana sebelum ini kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembedahan. Menjelaskan mengenai kehamilan itu, Rebecca memaklumkan, ia berisiko kerana akan menyebabkan kemudaratan terhadap diri termasuk risiko kematian ketika bersalin.

Dalam pada itu, Rebecca mengakui berasa teruja apabila disahkan hamil walaupun tidak menyangka bakal bergelar ibu lagi. Kata Rebecca, dia tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana dia sendiri memang sukakan kanak-kanak.

"Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira. Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi.


"Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya. Saya tak kisah mempunyai ramai anak kerana rumah saya sekarang pun dah macam sebuah tadika," ujarnya.

Sementara itu, pelakon ini memohon agar peminat mendoakan kandungannya berada dalam keadaan baik dan dapat menempuh tempoh kehamilan tanpa sebarang masalah.

Untuk makluman, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.

Selain itu, Rabecca turut mempunyai seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: