14 October 2022

SELAGI IRA KAZAR TAK DITANGKAP - PUTERI SARAH TAK AKAN BERDIAM DIRI, PUAS HATI DENGAN PERJELASAN JAWI



"Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes ditutup. Kes masih berjalan, cuma ambil masa. Tak apa sikit lagi. Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely.


"Court case memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year," itulah tulis pelakon Puteri Sarah yang menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi tiada tindakan diambil terhadap individu yang didakwa bersalah.

Perkongsian Puteri Sarah di laman Instagram itu telah menjadi perhatian ramai. Menurut Puteri Sarah, kes membabitkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih berjalan meskipun mengambil masa yang lama.

Tegas Puteri Sarah lagi, diam bukan bermakna kes sudah ditutup dan tetap akan lawan. Kata Puteri Sarah lagi, dia sudah mendapat tarikh untuk mahkamah sivil iaitu pada tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Puteri Sarah berpuas hati dengan penjelasan diberikan pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan tersebut

Ia selepas Puteri Sarah hadir ke pejabat Jawi, hari ini bagi mendapatkan sendiri penjelasan daripada pihak terbabit. Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, dia sudah mengetahui segala apa yang berlaku selain jelas dengan segala penerangan diberikan.

"Saya sering ditanya apa jadi dengan kes ini, adakah ia sudah ditutup sebab kes sivil pun belum ada perkembangan terkini sebelum ini. Jadi ada orang ingat kes ini terkubur. Mana yang benci saya tu mentertawakan saya.



"Jadi, hari ini saya datang ke Jawi untuk bertemu dan mendapatkan jawapan langsung daripada pegawai penyiasat. Hasil pertemuan, Insya-Allah, ada sinar harapan. Saya percaya pada undang-undang dalam negara yang berpihak kepada yang benar.

"Ketika berjumpa pegawai berkenaan, saya sudah jelas dah tahu semua apa yang berlaku. Saya lega dan sangat puas hati tapi saya tak boleh kongsikan. Tunggu tindakan selanjutnya daripada mereka," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Puteri Sarah yang ditemui di pejabat Jawi dengan ditemani peguam, Siti Natasha Basheer Hassan itu berkata dia juga sudah jelas kenapa kes itu mengambil masa lama.


"Saya juga sudah jelas kenapa mereka ambil masa dan apa langkah seterusnya yang bakal diambil pun saya dah tahu. Jadi tunggu saja. Cuma, apa saya nak beritahu, kalau berkaitan dengan mahkamah memang ambil masa sebab ada proses dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Saya percaya pada Jawi. Mereka tak biar kes ini berlalu begitu saja. Saya juga percaya yang salah tetap salah, benar tetap benar. Jadi terjawab segala persoalan saya. Terima kasih kepada Jawi yang membantu dan menerangkan kepada saya. Saya gembira dengan penjelasan hari ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan, tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita itu sudah ditetapkan pada 25, 28 dan 29 Ogos tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

"Kes sivil pun dah ke depan. Kami sudah diberikan tarikh perbicaraan. Cuma agak lambat. Ia ambil masa, tapi tak apa. Sabar itu indah dan pasti akan membuahkan hasil baik. Kalau tergesa-gesa, takut hasilnya mengecewakan. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur dengan nyenyak," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: