14 October 2022

BAKAL DIBEDAH HARI INI - SISSY IMANN MOHON AMPUN & MAAF



"Hari ini adalah hari yang penting buat saya kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan saya untuk ditidurkan seketika. Saya memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menanyakan kepada ahli keluarga berkenaan isu ini. Terima kasih kerana memahami permintaan saya ini.


"Pada hari Jumaat penuh barakah ini, saya memohon keampunan dan kemaafan di atas ketelanjuran sekiranya ada kata-kata dan perbuatan saya yang pernah menyakiti sesiapa. Semoga Allah merahmati kita semua. Semoga kira bertemu lagi, InsyaAllah," tulis penyanyi Sissy Iman menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam status tersebut, Sissy memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan hari ini, namun memohon semua pihak tidak bertanya kepada ahli keluarganya mengenai prosedur yang bakal dilakukan itu. Bagaimanapun, Sissy tidak memaklumkan kenapa dia perlu menjalani pembedahan itu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: