13 October 2022

"ADOI, HAEL KE HALIMAH NI?" - NETIZEN KECEWA HAEL HUSAINI MAKIN 'BERUBAH'



Penampilan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai yang 'bercakap' mengenai gayanya. Malah, ada gaya Hael itu seperti selebriti di Korea Selatan.


Nama Hael kembali menjadi sebutan selepas tular di media sosial. Dalam hantaran tersebut, etizen membandingkan kulit wajahnya yang dlihat sangat berlainan dengan penampilannya satu satu ketika dahulu,

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video memaparkan Hael dilihat memakai kemeja biru dengan bercermin mata keluar dari sebuah pintu dan disapa oleh seseorang. Pengguna tersebut turut menyertakan kapsyen ringkas, "Ya Allah, ingatkan oppa manalah tadi @Hael Husaini".

Perkongsian video itu mendapat plebagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat perubahan ketara pada wajah penyanyi berusia 35 tahun.

Meskipun, pengguna yang memuat naik video itu menyamakan penyanyi lagu 'Jampi' itu dengan artis Korea namun ada yang mengatakan hampir menyerupai wanita. Tidak kurang juga ada mengatakan banyak perubahan dilakukan Hael hingga menampakkan dirinya kelihatan seperti ‘lelaki lembut’.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: