13 October 2022

IZARA AISHAH: "CACI, KUTUK, HINA BUDAK... TU BAYI LA LAHAN*T, MEREPUTLAH KAU DALAM NERAKA"



Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah menerusi Twitter telah meluahkan rasa marah dengan sikap segelintir individu yang mengutuk dan menghina bayi yang tidak bersalah.


"Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu bayi la lahan*t. Mereputlah kau dalam neraka," tulis Izara.

Perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata itu menjadi perhatian selepas entri berkenaan dipercayai berhubung isu pendedahan wajah anak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Menerusi entri tersebut, Izara berkata dia merasa jijik dengan individu yang bertindak mencaci, mengutuk dan menghina bayi comel berkenaan. Meskipun tidak menyebut nama sesiapa namun netizen seolah tahu bahawa luahan Izara itu ada kaitan dengan isu anak Neelofa bersama PU Riz.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu yang turut marah dengan individu yang 'toksik'.

Dalam pada itu, ada yang memberi teguran supaya Izara mengawal emosi apatah lagi menulis perkataan yang tidak sesuai dengan penampilannya kini.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: