13 October 2022

INFO DI WIKIPEDIA KATA AZAL & AZIL 'GILA', 'SUKA TANTRUM', 'PSYCHO' - ZARINA ZAINUDDIN TERKEDU



"Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni... Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil (seorang lagi anak kembarnya) tak gila...


"Azal dan abang Azil anak istimewa... anak ibu... Allah ada... biar orang kata apa Allah ada... kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau," demikian tulis pelakon Zarina Zainuddin dimana dia memujuk anaknya yang merupakan seorang autisme, Azal Azrai, selepas dituduh dengan pelbagai maklumat tidak benar termasuk didakwa 'anak gila' yang suka tantrum (mengamuk).

Ibu kepada empat cahaya mata itu yang tidak mahu anaknya murung itu terus memberi kata-kata semangat supaya anak lelakinya tidak terkesan dengan apa yang dibaca. Zarina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri itu, Zarina memuat naik rakaman skrin mengenai info yang ada di wikipedia yang menulis nama penuh Azal. Selain didakwa 'gila', dalam maklumat itu juga tertulis Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai, 26, merupakan 'penghuni neraka' dan tiada pasangan kerana tiada siapa yang menginginkannya.

Klik untuk gambar besar



Zarina berasa terkilan dan terkejut apabila ada individu tergamak menghina anak istimewanya dengan melakukan suntingan di laman Wikipedia. Pelakon itu mendapat tahu selepas Azal sendiri menunjukkan maklumat yang ditulis di Wikipedia tentang butiran peribadi tentang dirinya yang jauh dari info sebenar.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang rata-rata turut bersimpati dengan apa yang berlaku selain berang dengan tindakan individu yang cuba memfitnahnya.

"Anak syurga ya Allah. Be strong sis," komen Fasha Sandha. - "Segala info dari Wikipedia atau Google kebanyakan salah, tak sangka ini paling jahat," kata Ozlynn.



Daripada semakan, laman ensiklopedia berkenaan telah disunting semula. Untuk makluman, Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal yang juga autisme) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau mengidap autisme.

Setelah sekian lama menyimpan rahsia, sekitar tahun 2018, Zarina telah membuka cerita bahawa dia selama ini hidup bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sejak 25 tahun lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: