"Alhamdulilah ya Rabb kerana mengizinkan kami berdua untuk ke sini. Musa banyak menonton dan mendengar tentang ibadah haji sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah dia dapat melihat perkara yang sebenar," katanya.
"Ya Allah, jadikanlah Musa sebagai cahaya ummah yang baik akhlaknya, legasi yang kuat dengan keimanan sebagai teras hidup, takwa dan kebenaran. Kurniakan dia tarbiyyah yang baik dan semoga al-Quran mengajar segala yang dia ingin tahu bagi mengemudi hidup di dunia dan akhirat."
Itulah tulis penyanyi Mizz Nina yang meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama anak angkatnya iaitu Musa.
Klik untuk gambar besar
Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dia telah memberi pendedahan awal kepada Musa beberapa bulan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Instagram, Mizz Nina turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi insan yang baik akhlaknya serta beriman kepada Allah SWT.
Pada Mac lalu, Mizz Nina memaklumkan bahawa dia bersama bekas suami, Noh Salleh mengambil anak angkat selepas bertahun-tahun menjalani rawatan IVF. Untuk makluman, Mizz Nina dan Noh dilaporkan bercerai talak satu pada 3 Ogos 2022.
________________________
No comments:
Post a Comment