11 October 2022

NAD ZAINAL DIDAKWA SEMAKIN 'DARING' SELEPAS BERSTATUS JANDA



Pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang, selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin. Kata Nad, hidupnya juga lebih gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.


Namun, sejak kebelakangan ini, ada netizen mengatakan Nad dilihat semakin 'daring' dalam lakonan serta pemakaiannya kelihatan agak seksi. Menerusi satu perkongsian di BH Online Instagram, sekaligus menjawab spkulasi yang hangat diperkatakan mengenai pelakon itu.

Menurut Nad, dia berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan gayanya sekarang sama sahaja dengan gaya sebelum berpisah dengan bekas suaminya.

Klik untuk gambar besar



"Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya dirinya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai," tulis posting tersebut.

Untuk makluman, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom kini berusia setahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: