"Innalillahiwainnailaihirojiun. Forever in my heart. We love you so much Tok. We will miss you everyday. 💔. Pagi yang hambar buat kami sekeluarga menatap pemergian nenek kesayangan kami, Siti Ajar Bt. Ismail, 98 tahun.
"Terima kasih mendoakan Tok sepanjang kepayahan Tok mengharungi stroke dan lumpuh separuh Badan. Kami sangat bersyukur atas dedikasi yang diberikan oleh para caregiver yang sama-sama meringankan kesakitan Tok. She is in a better place now.
"Al-Fatihah," demikianlah tulis penyanyi Mimi Fly yang memaklumkan berita duka menerusi laman Instagram miliknya hari ini dimana neneknya, Siti Ajar Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 98 tahun pada pagi Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, Allahyarham neneknya menghidap penyakit strok sehingga menyebabkannya lumpuh separuh badan.
Dalam perkongsian itu juga, Mimi turut memuat naik beberapa gambar kenangannya bersama nenek tercinta. Malah, penyanyi berusia 36 tahun itu juga turut bersyukur neneknya telah mendapat hasil jagaan sempurna daripada caregiver.
"Kami sangat bersyukur atas dedikasi yang diberikan oleh para caregiver yang sama-sama meringankan kesakitan Tok. She is in a better place now. Al-Fatihah,” tulis Mimi lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment