14 October 2022

TRAUMA MASA SILAM - PUTERI BALQIS TERTEKAN HARGA UBAT MAHAL, TERPAKSA MAKAN MESKIPUN HANYA BERTAHAN 8 JAM



Berikutan apa yang dihadapi sebelum ini dimana trauma dengan kehidupan lampau yang penuh duka, pelakon Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD).


"Berjumpa pakar psikiatri saya sekali lagi, ubat diberikan membuat saya gembira hanya kurang daripada lapan jam. Saya telah kehilangan diri saya, masih bertahan daripada memikirkan kisah lama dan berasa bergetar apabila bangun tidur. Kenangan itu kekal," kata Balqis menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

Pelakon remaja berusia 15 tahun itu memberitahu dia terpaksa mengambil ubat penenang yang hanya mampu membuatkannya gembira dalam tempoh kurang daripada lapan jam sahaja kemudian hatinya jadi kosong semula. Menurut Balqis lagi, dia adakalanya terkenang kisah silam itu dan membuatkannya bangun dalam keadaan mengigil.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta story, Balqis mengakui turut tertekan dengan harga ubat anti-kemurungan yang mahal yang mencecah RM160 untuk sekotak ubat ssebelum mendapat harga diskaun.

Terdahulu, media melaporkan Balqis dan ibunya menerima rawatan PTSD di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Balqis dan ibunya ke hospital bersama pihak polis pemeriksaan dilakukan bagi membuktikan dakwaan Balqis.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: