Selepas menjalani pembedahan pada Jumaat, penyanyi Sissy Imann, 27, memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil, selain berkata, pembedahan tersebut berjalan lancar dan kini telah pun dibenarkan pulang ke rumah.
"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar semalam. Sissy bangun beberapa jam selepas pembedahan dan sekarang sudah balik ke rumah," kata Sissy menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Sissy melahirkan rasa syukur apabila ramai mendoakan keselamatan dan kesihatannya apabila dia memaklumkan mengenai perkara itu di laman sosialnya.
Kata Sissy, dia membuat hantaran berkenaan sebelum masuk bilik pembedahan kerana bimbang ada menyakiti hati sesiapa sebelum ini. Tambahnya, dia akan berehat selama beberapa hari sebelum kembali aktif dengan aktiviti seni.
"Sungguhlah dunia ini ramai yang baik hatinya. Terima kasih semua atas doa yang baik-baik. Ini semua berkat doa anda semua. Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua terutama kepada semua rakan-rakan dan pihak media yang melaporkan tentang Sissy semalam.
"Tujuan saya nak minta maaf pada yang pernah saya sakiti tapi entah berapa ramai yang mungkin tak pernah mengenali mendoakan sekali. Masya Allah," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Pengurus Sissy yang dikenali sebagai Mak Tanjung ketika dihubungi memberitahu tidak mengetahui punca sebenar penyanyi itu perlu menjalani pembedahan. Ini kerana katanya, Sissy menguruskan perkara itu sendirian dan tidak dimaklumkan mengenai keadaannya.
"Sissy baru sahaja tahu mengenai penyakitnya. Itu sahaja yang saya boleh beritahu. Apabila dia dah bersedia nanti terpulang padanya sama ada ingin menceritakan tentang kesihatannya," tuturnya.
Sementara itu, bapa Sissy iaitu Aliff Mohammad Kamil, 59, mengenai pesanan dan kata-kata anaknya itu sebelum menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini, semalam.
Aliff ketika dihubungi berkata, pembedahan yang dibuat pada jam 11 pagi itu berjalan lancar dan Sissy dibenarkan pulang ke rumah jam 6 petang, semalam.
"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Kami sudah bawa dia balik rumah pada petang semalam. Selepas keadaannya stabil, doktor menasihati agar berehat di rumah. Cuma, selepas lima hari perlu datang semula ke hospital bagi pemeriksaan lanjut," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Aliff yang mesra disapa Ayahanda, Sissy tidak berkongsi mengenai penyakit dialami hingga perlu menjalani proses pembedahan. Dalam masa sama, Aliff mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya.
"Soal sakit Sissy biarlah dia sendiri yang terangkan nanti. Dia seorang saja tahu sakit apa. Sebab dia pun tak beritahu dan berkongsi dengan kami. Saya ada bertanya juga, tapi dia cakap tidak ada apa-apa. Dia cakap juga jangan tanya apa-apa selain meminta jangan risau.
"Apa yang saya tahu, sebelum ke Sabah bagi menjalani penggambaran travelog, saya teman dia pergi berjumpa doktor. Ketika itu saya di luar. Selepas itu dia cakap, doktor menasihati untuk menjalani pembedahan. Jadi, semuanya macam tiba-tiba saja. Sissy sangat kuat, dia tak menangis langsung. Saya pula yang nangis," katanya.
Semalam, Sissy menerusi hantaran di Instagram telah memohon doa semua pihak kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan dia ditidurkan buat seketika. Sissy juga memohon doa semua pihak kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan dia ditidurkan buat seketika.
"Hari ini (semalam) adalah hari yang penting buat saya kerana bakal menjalani pembedahan yang memerlukan saya untuk ditidurkan seketika. Saya memohon jasa baik semua pihak untuk tidak menanyakan kepada ahli keluarga berkenaan isu ini. Terima kasih kerana memahami permintaan saya ini," jelasnya.
________________________
No comments:
Post a Comment