"Doakan lagu baharu saya keluar tahun depan ya, doakan. Macam saya kata, saya buat ini sebagai hobi sahaja dan saya tidak sangka benda (kontroversi) ini sampai tahap ini dan biarlah benda ini berlaku dengan bagusnya.
"Lagu ini macam saya katalah, hiburan semata-mata. Itu sahaja. Saya tak mahu kata apa-apa lagi sebab masih dalam kes lagi," itulah ujar usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memaklumkan dia sedang merakam dan menyiapkan sebuah lagu dijangka akan dikeluarkan pada tahun hadapan.
Aliff Syukri yang terpalit dengan kontroversi panas sebelum ini sehingga dihadapkan ke mahkamah itu nampaknya tidak serik untuk menyanyi lagi.
Dalam pada itu, Aliff berkata bidang nyanyian itu hanyalah sekadar hobi sahaja namun tidak sangka kontroversi membabitkan dirinya sehingga sampai didakwa di mahkamah.
Klik untuk gambar besar
Mengulas mengenai empat pendakwaan yang dihadapinya di mahkamah semalam, Aliff meminta semua pihak mendoakannya serta berharap kesnya akan diadili sebaiknya.
"Saya menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada dua peguam bela saya untuk membantu dalam kes ini. Saya juga berharap rakyat Malaysia janganlah mengadili saya yang bukan-bukan sebab kes ini hanya saman jabatan sahaja. Biarlah hakim buat kerjanya," katanya.
Terdahulu, muzik video lagu raya 'Kelepok Raya' nyanyian Aliff mencetuskan kontoversi apabila memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut sekali gus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.
________________________
No comments:
Post a Comment