09 October 2022

VIDA SEDIH KENANG ARWAH ANAK - BIBIR PULA JADI PERHATIAN



Sekitar tujuh tahun lalu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida telah kehilangan dua orang anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak.


Vida menerusi laman Instagram telah memuat naik video mengenang pemergian dua arwah anaknya itu. Kata Vida, pemergian kedua cahaya matanya itu merupakan kehilangan yang pernah paling sakit pernah dilaluinya.

"7 tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya. Al-Fatihah (Di bacakan) buat kedua putera saya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin," tulisnya.

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sebak serta berkongsi rasa duka di atas kehilangan dua cahaya mata usahawan itu.

Namun, ada segelintir netizen sempat membandingkan bentuk bibir Vida pada ketika itu yang dikatakan lebih cantik berbanding sekarang.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: