09 October 2022

KONGSI WAJAH PENUH ISA - NETIZEN 'MELTING' LIHAT KECOMELAN ANAK LELAKI AKIM & STACY



Pejam celik pejam celik... anak lelaki kepada pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam iaitu Isa kini sudah memasuki usia dua bulan.


Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Isa ketika itu dibawa oleh pasangan tersebut bagi mendapatkan suntikan bagi bayi. Pada perkongsian sama, dapat dilihat wajah Isa persis wajah kakaknya, Eshaal sewaktu bayi dengan memiliki bentuk mata yang begitu bulat.

Semenatara itu, diruangan balas milik pelantun lagu 'Mewangi' itu, rata-rata netizen cair melihat Isa dan memuji kecomelan wajah bayi itu.

Untuk makluman, Akim dan Stacy telah sah bergelar suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat yang mesra dipanggil Beyya yang kini berusia sembilan tahun. Manakala Isa pula, selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: