22 November 2022

AKSI SAKINAH PAKAI BAJU KURUNG SAMBIL PEGANG ROKOK TERIMA PELBAGAI REAKSI



Nampaknya sekali lagi nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi bualan apabila kali ini memuat naik sebuah hantaran foto dimana dia dilihat memakai baju kurung sulam berwarna putih bersama kain pelikat dan perhiasan selendang serta gelang kaki mutiara berwarna putih.di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.


Namun, apa yang menjadi perhatian ialah apabila pelakon berusia 33 tahun itu turut memegang sebatang rokok ketika menggayakan baju kurung tersebut sehingga ia mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya iaitu anak perempuan kepada pelakon Sharifah Shahirah pada minggu lepas.

Klik untuk gambar besar



Tindakan ibu kepada seorang anak perempuan itu telah menerima teguran apabila rata-rata pengguna laman sosial merasakan aksi memegang rokok tidak sesuai dengan pemakaian baju kurung yang menandakan kehormatan wanita Melayu.

Kata mereka, imej tersebut tidak sopan dipersembahkan sebagai seorang ibu kerana seakan-akan memberi tunjuk ajar dan tingkah laku yang salah kepada anak kecil.

Selain teguran, ada juga pengguna laman sosial dan rakan artis menyamakan aksi berkenaan dengan watak pelacur dan ibu ayam dalam filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: