22 November 2022

SELEPAS TERSINGKIR GV9 - FUAD RAHMAN MAHU RANCAKKAN KEMBALI KARIER NYANYIAN, RANCANG MENETAP DI KUALA LUMPUR



"Insya Allah kalau ada rezeki banyak tawaran menyanyi di sini, saya perlu memberi fokus untuk terus berada di Kuala Lumpur. Saya pun sudah mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan di sini."


Demikian ujar penyanyi Fuad Rahman yang memberitahu dia akan terus menetap di Kuala Lumpur, selepas gagal melayakkan diri ke final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Ini kerana kata Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, ia agak sukar sekiranya dia perlu berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan persembahan dan projek lain selepas ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Fuad turut tidak menolak untuk membawa isteri dan anak-anaknya menetap bersamanya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, buat masa sekarang dia akan bersendirian dan akan membawa keluarga tinggal bersamanya apabila keadaan sudah stabil.

"Insya Allah isteri saya akan datang ke sini tapi buat sementara waktu ini biarlah saya seorang sahaja yang berpindah ke Malaysia," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: