10 November 2022

AL-FATIHAH - PELAKON 'SITIK TOK', SYAZLIN ZAINAL DIJEMPUT ILAHI



Pelakon drama 'Sitik Tok' dan 'Oh My Hantaran' iaitu Syazlin Zainal dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di usia 26 tahun pada petang Khamis, hari ini.


Berita sedih berkenaan disahkan oleh sepupunya iaitu Trisya Azahar menerusi akaun Twitter. Syazlin yang juga seorang pempengaruh itu difahamkan meninggal dunia di Johor, namun punca kematiannya masih dalam siasatan.

"Kepada yang mengenali sepupu saya, Syazlin Zainal minta sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau," tulisnya.

Berita pemergian Syazlin itu turut dikongsikan rakannya iaitu Zeatyalia di laman Instagram Story miliknya.

"Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya. Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, akaun Instagram kelab peminatnya turut meluahkan rasa sedih dan memaklumkan akan memadam akaun itu.

Klik untuk gambar besar



"Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup," tuturnya.

Berita pemergian pelakon ini turut mengejutkan rakan-rakan artis antaranya Anna Jobling, Nabila Razali, Nadia Brian dan Elisya Sandha.

"Al-Fatihah kami akan merindui kamu Alin.

"Allahuakbar, perginya kamu terlalu cepat," tulis mereka pada ruangan komen.

Untuk makluman, Syazlin pernah membintangi beberapa drama televisyen termasuklah 'Dia yang Ku Jadikan Suami', 'Takdir Yang Tertunda' dan 'Ada Yang Ngikut'.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: