10 November 2022

HAWA RIZWANA DITEGUR PAKAI 'OUTFIT' SUKAN TERLALU KETAT



Pengacara Hawa Rizwana menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada memuat naik video mempromosikan produk penjagaan rambut dan mengaitkan dengan hobinya iaitu berbasikal.


Melihat pada video tersebut, Hawa yang juga pengacara MeleTOP itu mengenakan set lengkap pakaian sukan berwarna hitam.

Bagaimanapun, perkongsian itu menarik perhatian dan menjadi bualan apabila pakaian yang sukan yang dipakai Hawa didakwa terlalu ketat sehingga menampakkan bentuh tubuhnya.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan pengacara itu yang disifatkan tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang menitipkan nasihat adalah lebih baik jika dapat menjaga pemakaian yang tidak menampakkan bentuk badan.

Malah, ada yang meminta Hawa supaya lebih berhati-hati dalam memilih pakaian supaya dapat mengelak daripada fitnah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: