11 November 2022

SEKALI LAFAZ - NAJWA LATIFF KINI SAH ISTERI RAPPER, AKWA ARIFIN



Sekitar pukul 8.30 pagi Jumaat hari ini, penyanyi Najwa Latif, 27, telah pun selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin, 30, dengan sekali lafaz, dalam satu majlis nikah yang diadakan secara tertutup di Batu Pahat.


Dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat itu menyaksikan Akwa menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif.

Menurut pengurusnya, Azahari Jaafar berkata, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perkara itu.

"Mereka mengambil keputusan untuk tidak memberitahu perancangan untuk berkahwin, sebaliknya mengumumkan selepas selamat bergelar suami isteri," katanya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Najwa dan Akwa akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri selepas solat Jumaat di kampung halamannya.

Sementara itu, Azahari memaklumkan, Najwa akan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan pensyarah di sebuah universiti meskipun sudah bergelar seorang isteri.

"Perjalanan kariernya tetap seperti dahulu. Jika ada tawaran menyanyi, Najwa tiada masalah untuk memberi komitmen," jelasnya.



Untuk makluman, Najwa dan Akwa pernah berkolaborasi menerusi dua buah single iaitu 'Dua' dan 'Tak Kisah Pun'.

Pasangan ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya memilih mendiamkan diri atau mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada umum.

Pun begitu, pasangan ini dilihat ada berkongsi gambar dan video bersama di media sosial masing-masing.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: