11 November 2022

MASIH BERTANDING - JACLYN VICTOR LEGA ADA ALTERNATIF LAIN SELAIN DIBEDAH TANGANI MASALAH HIDUNG BENGOK



Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim k-9 (GV9), Jaclyn Victor sebelum ini pernah mendedahkan dia mempunyai masalah hidung bengkok yang memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya.


Memandangkan dirinya masih bertanding dalam program tersebut, Jaclyn diberi alternatif lain selain pembedahan, iaitu ubat penyembur hidung (nasal spray) bagi membantu menangani masalah hidung bengkok yang dialaminya.

Dalam pada itu, Jaclyn meluahkan rasa lega dan bersyukur tahap kesihatannya semakin bertambah baik, malah suara penyanyi lagu 'Gemilang' ini juga kini tidak lagi kedengaran seperti 'selsema' ketika membuat persembahan.

"Saya pun dapat rasakan vokal saya tidak kedengaran seperti kurang sihat seperti sebelum ini. Memang penyelesaiannya adalah pembedahan namun memakan masa untuk pulih memandangkan saya sedang bertanding.

Klik untuk gambar besar



"Oleh itu, doktor memberikan alternatif iaitu ubat penyembur yang mampu melegakan saluran hidung. Lebih selesa jika dibandingkan dengan sebelum ini yang kedengaran seperti selesema.

"Cuma apabila saya kurang rehat dan sebagainya, penyakit sinus itu seperti datang kembali. Jadi saya perlu 'alert' supaya kesihatan berada dalam keadaan baik," kata Jaclyn.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengakui sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensitif terhadap persekitaran.

"Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah. Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: