11 November 2022

PUTERI SARAH TEGAS TIDAK AKAN TARIK BALIK SAMAN, TETAP TERUS PERTAHANKAN DIRI



"Apa yang pasti, saya tidak akan menarik balik dakwaan dan saya akan teruskan sehingga perbicaraan. Memang proses ini lambat sebab mahkamah sibuk sekarang, tapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan pada Ogos tahun depan.


"Walaupun perbicaraan pada Ogos, perintah injuksi interim tetap berjalan. Kalau ada orang langgar saja perintah itu, memang kena. Alhamdulillah saya rasa saya dilindungi.

"Syukur negara kita ada undang-undang sebab kalau tidak mungkin saya berterusan dilanyak. Jadi biarpun perbicaraan lambat, saya okay saja, saya boleh terus kehidupan saya macam biasa sebab saya tak bersalah."

Itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik saman terhadap wanita yang didakwa menganggu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Puteri Sarah turut memaklumkan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sudah menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes saman tersebut yang akan diadakan pada 25, 28 dan 29 Ogos hadapan.

Ia sekaligus juga menjawab persoalan ramai selepas bapa kepada Ira iaitu Kazar atau Kazaruddin Saisi yang memberi kenyataan berharap mereka dapat berdamai.

Pelakon drama 'Suri Hati' ini juga kelihatan gembira berkongsi perkara tersebut dan mengakui dirinya kini lebih tenang selain dapat fokus dengan kerjayanya serta sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

"Kalau dua tahun lepas awak tanya saya, memang saya akan sibukkan diri supaya saya tidak berfikir menangani masalah ini. Tapi sekarang ini saya sudah semakin matang dan syukur rezeki saya makin murah.


"Saya pun tak mahu tolak 'job' kerana lakonan adalah jiwa saya. Dalam masa sama, ada banyak juga tawaran 'review' produk. Dan bila saya tidak bekerja, saya akan meluangkan masa dengan anak-anak. Itu adalah kebahagiaan saya sekarang ini.

"Dan kalau orang tanya adakah kebahagiaan saya berkaitan dengan suami, yang itu kita tengok macam mana nanti. Tapi buat masa sekarang, saya gembira dengan kehidupan saya," ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defenda iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.

Peguam Puteri Sarah juga telah menghantar satu notis komital / penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai pada Rabu kepada individu tersebut.


________ IKLAN ________

JUALAN BESAR-BESARAN 11.11..!! Tawaran hebat Shopee sempena pesta 11.11 (11 November). Dapatkan barangan impian anda dengan diskaun terbesar & terhangat. Hadiah cabutan bertuah juga disediakan untuk anda berupa sebuah kereta idaman ramai Mini Cooper.

Berita baik khas untuk pelanggan baru..  Anda akan mendapat voucher 'selamat datang' untuk membeli barangan pertama secara percuma.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: