11 November 2022

HASRAT SAMBUT HARI LAHIR BERSAMA KELUARGA TAK KESAMPAIAN - RAKAN MOHON HENTIKAN SPEKULASI PUNCA KEMATIAN ARWAH SYAZLIN ZAINAL



"Saya yang terkilan apabila membacanya. Arwah ingin menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya tahun ini kerana tahun lalu tidak berkesempatan. Lagi empat hari sayang," tulis seorang rakan Allahyarham Syazlin Zainal berserta paparan mesej peribadi yang dimuat naik.


Berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Story, rakan Allahyarham Syazlin itu berulang kali membaca mesej peribadi yang juga perbualan terakhir mereka.

Dalam perkongsian itu, hasrat Allahyarham Syazlin untuk menyambut ulang tahun kelahiran ke 26 tahun bersama keluarga pada Isnin ini tidak kesampaian, selepas dilaporkan meninggal dunia semalam.

Dalam pada itu, rata-rata rakan Allahyarham Syazlin turut memohon orang ramai untuk menghentikan spekulasi punca kematiannya. Kata mereka, biarlah ahli keluarga yang berkongsi mengenai punca kematian arwah apabila tiba waktu yang sesuai.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, abang kepada Syazlin mengucapkan terima kasih terhadap orang ramai yang mengucapkan takziah dan menghulurkan doa buat Allahyarham adiknya itu. Dia yang menggunakan nama Reza Zachary di Facebook meninggalkan komen demikian di laman sosial tersebut.

"Terima kasih di atas segala ucapan takziah dan doa-doa anda semua. Saya sebagai abang kepada arwah sangat bersyukur atas keprihatinan anda semua. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah," tulisnya.

Hasil semakan, mendapati akaun Instagram Allahyarham Syazlin sudah dinyah aktif kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.


Pada hari Khamis semalam, Syazlin dilaporkan meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan. Berita sedih itu dikongsikan sepupu dan rakan-rakan Syazlin di media sosial. Berita pemergian Syazlin mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya.

Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya 'Sitik Tok', 'Dia Yang Ku Jadikan Suami', 'Takdir Yang Tertunda' dan 'Ada Yang Ngikut'.

Allahyarham Syazlin yang merupakan seorang pelakon dan selebriti media sosial itu adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: