09 November 2022

"APA MOTIF SEBENARNYA?" - IBU WAFARIENA KESAL DENGAN SIKAP IQBAL CUBA LIBATKAN ANAKNYA



"Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.


"Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan gosip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti murahan sebegitu.

"Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan.

"Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?" ujar ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad, 59, yang meluahkan rasa kesal dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba melibatkan anaknya dengan 'gosip cinta' berbaur publisiti murahan di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Suzana turut berkongsikan cerita sebenar dimana Iqbal yang mengajak anaknya bergambar terlebih dahulu dengannya ketika di set penggambaran telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

Terdahulu, perkongsian Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Wafariena sehingga ada yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.


Dalam perkembangan lain, Wafariena kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah sebuah supertelefilem yang menyebabkan dia mengalami kecederaan dalaman akibat membuat aksi lagak ngeri sendiri.

"Sudahlah ada masalah yang belum diselesaikan lagi. Jadi, janganlah menambah dengan cerita lain seperti gosip cinta itu hanya disebabkan ingin publisiti. Saya tak mahu dan kurang selesa apabila nama Wafa cuba dikaitkan.

"Saya harap dengan penjelasan ini, Wafa tidak akan terkait dengan spekulasi liar yang tidak benar. Saya tidak mahu Wafa disalah anggap dengan cerita tidak betul yang cuba diwujudkan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: