09 November 2022

HARRIS ALIF MINTA TOLONG PENGIKUT CARI PENGHANTAR BARANG YANG CURI KASUT DI KEDIAMANNYA



"Siapa yang kenal mamat ni tolong beritahu saya. Dia dah curi barang dekat luar rumah saya. Tolong kongsikan. Terima kasih," tulis pelakon dan pengacara, Harris Alif yang meminta pengikut di laman Instagram untuk mencari seorang penghantar barang kerana didakwa mencuri kasut di kawasan luar rumahnya.


Dalam hantaran itu, suami kepada pelakon Intan Ladyana itu telah berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian kecurian itu selain turut mendedahkan wajah individu berkenaan.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku hari ini pada jam 2.44 petang.

Dalam pada itu, terdapat peminat yang meminta Harris untuk membuat laporan polis bagi mencari suspek:

"Boleh cuba buat laporan polis dulu," kata seorang pengikut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: