09 November 2022

LANGGAR PERINTAH INJUKSI - PUTERI SARAH MAKLUM ADA AHLI KELUARGA KAZAR AKAN DIHERET KE MAHKAMAH



"Syukur semuanya on track. Walau perbicaraan masih lama, tapi ada perintah injunksi. Jadi saya rasa ia sebagai pelindung. Saya juga ingin maklumkan pihak sana akan dikenakan tindakan susulan seorang keluarga mereka mengeluarkan kenyataan tentang saya di media sosial baru-baru ini.


Demikian jelas pelakon Puteri Sarah Liyana yang memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.

Menurut Puteri Sarah, pihak peguam sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.

Sebelum ini, Puteri Sarah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh aktor Kazar Saisi yang berpendapat kemelut rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sebagai satu isu kecil.

Dalam satu temubual, Kazar berharap agar masalah yang turut mengaitkan anaknya itu iaitu Ira Kazar dapat diselesaikan secara baik antara mereka. Ira adalah nama yang disebut sebagai punca berlaku masalah dalam rumah tangga pasangan ini.

Puteri Sarah memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat yang mengikuti perkembangannya. Peguam Puteri Sarah sudah menghantar satu notis komital / penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu itu.

Klik untuk gambar besar



"Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

"Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.

"Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam," ujarnya.

Sementara itu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu berkata, perkara tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan ia bukanlah satu hal yang boleh dipandang ringan.

"Pada dia mungkin ini perkara kecil, tetapi tidak kepada pihak mahkamah. Kalau masalah kecil kenapa perlu sampai ke mahkamah. Saya malas nak komen lanjut. Apa sahaja kenyataan eloklah bawa ke mahkamah," katanya.



Bercakap mengenai perkembangan kes berkenaan, Puteri Sarah meluahkan rasa lega apabila semuanya berjalan lancar meskipun terpaksa menunggu tarikh perbicaraan yang dijangka berlangsung pada Ogos 2023.

Mengenai status hubungannya dengan suami yang terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila kedua-dua dilihat tidak lagi bersama dan sibuk dengan kerjaya masing-masing, Puteri Sarah bagaimanapun enggan memberi komen.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, memberitahu Syamsul masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Saya no comment (hubungan dengan Syamsul). Dia masih berjumpa dan hubungi anak-anak. Dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Anak-anak pun tidak bertanya tentang hubungan kami kerana mereka tahu ayahnya memang sibuk sejak dahulu. Sekarang ini kalau saya sibuk di lokasi, Syamsul akan meluangkan masa bersama anak-anak," tuturnya.


Terdahulu, Puteri Sarah telah membuat dua aduan terhadap Ira iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Puteri Sarah juga menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.

Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirkkan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: