30 November 2022

BELLA ASTILLAH KENA TEGUR SAKAN BERGELEK



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada memuat naik video menari bersama adiknya, Didi Astillah dengan berlatarbelakangkan lagu 'Made You Look' nyanyian Meghan Trainor sambil mengenakan pakaian serba merah jambu.


Melihatkan pada video tersebut, Bella dan Didi dilihat lincah menari. Bella turut menulis kapsyen berbunyi, "Merah jambu bukan sekadar warna. Ia melambangkan sikap juga".

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa kurang senang melihat dua beradik itu menari sakan. Ada segelintir mereka mengatakan Bella dan Didi pasti akan dilihat lebih cantik jika memakai pakaian yang menutup aurat.

Malah, ada yang menegur tidak manis perempuan menari dan membiarkan orang lain melihat. Tidak kurang juga, ada yang menitipkan pesanan supaya membuat konten yang sopan, memandangkan suami kepada Bella iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sudah berubah ke arah lebih baik.

Klik untuk gambar besar












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: