30 November 2022

"DUIT BOLEH CARI, IBU ADALAH SEGALA-GALANYA" - CHEF WAN UPAH JURURAWAT RM6,000 SEBULAN, JAGA IBU SAKIT DEMENSIA



"Ibu bersama jururawat dimensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.


"Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT. Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit.

"Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik. Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.

"Saya berasa selesa bila ibu mendapat bantuan professional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan, bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



"Banyak bezanya bagi maid dan profesional nurse yang tahu handle dementia and cancer patient ni. Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala-galanya. U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.

"Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti.

Demikianlah tulis selebriti cef popular, Chef Wan yang mendedahkan beliau membayar hampir RM6,000 sebulan bagi mengupah jururawat yang boleh menjaga ibunya, Noraini Abdullah di rumah.



Berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram, Chef Wan berkata, jururawat berpengalaman itu bertanggungjawab menjaga keperluan harian dan ubat-ubatan untuk ibunya yang menghidap demensia.

Bagi memastikan kesihatan dan keselesaan ibunya yang sudah mencecah 90 tahun dijaga rapi, Chef Wan sanggup berhabis saban bulan kerana baginya wang boleh dicari, namun seorang ibu adalah satu-satunya perkara paling bermakna dalam hidup.

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail lagi, biarpun tugas jururawat berkenaan hanya pada sebelah siang, namun dia lebih selesa ibunya dipantau pakar.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: