Nama penyanyi dan pelakon Nabila Razali menjadi perhatian baru-baru ini selepas dia bertindak memadam semua fotonya di laman Instagram dan memuat naik gambar memaparkan dia menggayakan gaun berwarna putih seakan baju pengantin bersama seorang lelaki.
Menerusi gambar yang dikongsikan, Nabila dilihat berdiri rapat berhadapan dengan seorang lelaki menggayakan seluar dan baju kasual berwarna putih yang tidak didedahkan wajahnya.
Namun terkini, Nabila akhirnya mendedahkan rupanya lelaki itu menerusi Insta Story dimana jejaka tersebut merupakan penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique.
Klik untuk gambar besar
Di laman Twitter pula, rata-rata netizen seolah tidak terkejut dengan perkongsian Nabila itu sebaliknya berasa 'muak' dan menyampah serta mendakwa ia hanyalah gimik semata-mata apabila muncul dengan lagu baru.
Ada yang turut mengungkit tentang gimiknya beberapa tahun lepas ketika mahu promote lagu 'Pematah Hati' di mana dia membuat video menangis kerana 'dikecewakan' oleh Aedy Ashraf.
Apa yang lebih menjadi perhatian ramai, posisi kedua-dua tangan Nabila yang terlalu rapat dengan bahagian sulit MK.
________________________
No comments:
Post a Comment