29 November 2022

BANTU KELUARGA TAMPUNG KOS RAWATAN HOSPITAL - TABUNG KECEMASAN NAD ZAINAL DILANCARKAN



"Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan rakan bagi menampung kos rawatan medikalnya di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarganya. Bagi semua yang prihatin, mari kita sama sama berganding bahu untuk bantu bersama.


"Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya," tulis pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin yang memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal telah dilancarkan bagi kegunaan rawatan pelakon itu di hospital pakar selain meringankan beban keluarganya.

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram, jelas Shahrulezad, tabung tersebut adalah insiatif rakan rakan serta peminat

Kata Shahrulezad lagi, individu yang menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) boleh menghantar emel resit kepada info@assiddiqaid.com.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pengarah ini turut memohon agar peminat Nad tidak lupa untuk menitipkan doa dan berkongsi info tentang perkara ini supaya lebih ramai dapat membantu pelakon wanita berkenaan.

"Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu," ujarnya.

Terdahulu, Nad telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: