29 November 2022

BILA IZREEN KONGSI FOTO TERKINI BERSAMA SUAMI: "JANGAN SELALU NANTI ORANG MELUAT, KATA 'TRY HARD'..."



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, pelakon Izreen Azminda telah berkongsi gambarnya bersama suami tercinta, Ude Wahid. Dalam hantaran tersebut, Izreen mengaku tidak boleh terlalu kerap memuat naik foto mesra bersama suami kerana bimbang akan membuatkan ada yang tidak selesa.


Dalam pada itu, Izreen dilihat ada menjawab komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya dimana tidak mahu ada orang mengatakan dia 'try hard' dan mahu tenang-tenang sahaja.

"Sesekali tidak mengapa, jangan selalu nanti orang meluat. Tak boleh (selalu muat naik) nanti orang kata try hard (terlalu mencuba). Kita biar rileks. Biar sesuai dengan umur. Tenang-tenang," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat, selain ada yang mengatakan wajah pasangan ini seiras.

"Wajah kamu berdua sama." - "Romantik sangat. Muka sama, moga kekal sampai syurga," antara komen-komen pengikutnya.

Untuk makluman, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: