17 November 2022

BERTEMU JEJAKA BERDARAH KACUKAN - SITI SALEHA AKUI BERKAWAN RAPAT, DALAM PROSES KENAL



Pelakon Siti Saleha yang sudah 10 bulan bercerai, nampaknya sudah menemui pengganti selepas dia akui sedang berkawan rapat dengan seorang jejak berdarah kacukan sepertinya.


Saleha atau penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai lelaki berkenaan dan akan berkongsi di Instagram sekiranya ada perkembangan lanjut.

Dalam proses berkawan dan mengenali, Saleha berkata, dia akan kongsikan mengenai individu itu apabila dia sudah bersedia.

Saleha yang tampil dengan drama bersiri terbaru berjudul 'Hilang' itu dalam masa sama mengaku kenalan terdekatnya sudah mengetahui hubungannya dengan jejaka tersebut meskipun tidak berkongsi mengenainya di media sosial.

"Bila saya dah bersedia, saya sendiri akan kongsikan di Instagram. Saya rasa, dalam kalangan kawan-kawan, mereka tahu walaupun saya tak tunjuk gambar.

Klik untuk gambar besar



"Cuma nanti, bila tiba masanya baru saya tunjuk muka dia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik. Kami mempunyai persamaan, kita mix... kita orang putih.

"Saya rasa orang sekelilng tahu walaupun saya tidak berkongsi gambarnya. Bila-bila masa nanti saya tunjuk wajahnya," katanya.

Secara berseloroh, Saleha turut memaklumkan jejaka berkenaan turut menemaninya ketika tayangan perdana 'Hilang' yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Saleha bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada 22 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor. Pasangan itu berkahwin pada 28 Julai 2017 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: