17 November 2022

BUANG TATU DI BADAN - ZARINA ANJOULIE DEDAH SATU SESI CECAH RM500



Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie menerusi perkongsian di laman Instagram telah memuat naik video melakukan rawatan membuang tatu di badanya, selain menjawab pertanyaan ramai mengenai harga dan kesan yang dialaminya selepas melakukan proses tersebut. 


Menurutnya lagi, satu sesi membuang tatu mencecah RM500 dan sudah boleh nampak persembahan dengan sekali rawatan sahaja. Dalam pada itu, Zarina turut berkongsikan tahap kesakitan melakukan proses tersebut dimana dia mengatakan dia masih boleh menahan sakit.

"1 sesi dalam lingkungan RM500. Ink hitam lagi senang keluar dari ink warna lain. Ink hitam dalam 1 sesi dah boleh nampak beza. Kalau 3 hingga 4 kali lagi nampak ketara jika dibandingkan dengan ink warna-warna yang lain. Level sakit yang boleh tahan. Bukan sakit gila pun," kongsinya.

Difahamkan, tahun lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga ada memuat naik video dia ke sebuah klinik bersama pelakon Zoey Rahman untuk membuang tatu yang ada di badannya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: