18 November 2022

MUAT NAIK STATUS UNDANG TANDA TANYA - FATIN AFEEFA DAH BERTUNANG?



Menerusi perkongsian di Instastory baru-baru ini, Fatin Afeefa telah memuat naik video seorang wanita yang dilihat seperti dirinya sedang menyarungkan cincin ke jari dalam sebuah majlis pertunangan yang biasa dalam masyarakat Melayu.


Hantaran yang dimuat naik Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, mengundang tanda tanya ramai tentang status terkininya.

Fatin telah dihubungi untuk mendapatkan kepastian namun pelakon tersebut menyekat semua panggilan masuk.

Sejak kebelakangan ini, nama Fatin menjadi perhatian ramai apabila dia sering berkongsi isu tuntutan nafkah terhadap bekas suami, pelakon Adam Shahz.Dia mendakwa, Adam culas dalam menjalankan tanggungjawabnya selepas mereka bercerai pada Mei 2017.

Klik untuk gambar besar



Dalam temu bual sebelum ini, Adam bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut dan mahu membuat tuntutan penjagaan anak mereka di mahkamah selepas dia mendakwa dihalang berjumpa anak mereka.

Untuk makluman, Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun. Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy hasil perkahwinan terdahulu yang dirahsiakan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: