18 November 2022

MASUK HOSPITAL SELEPAS ALAMI SESAK NAFAS, SAKIT DADA - MIA SARA DISAHKAN HIDAP ANXIETY



Pada Selasa lalu, pelakon Mia Sara telah dikejarkan ke dua buah hospital selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas dan sakit pada bahagian dada.


Menafikan keracunan makanan menjadi punca, Mia atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha, 17, mendedahkan dia telah disahkan doktor mengalami serangan panik melampau atau anxiety tahap teruk.

"Bukan keracunan makanan tapi saya mengalami seangan panik yang teruk dan diagnos severe anxiety," kongsi Mia bagi menjawab pertanyaan pengikutnya di TikTok mengenai punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mia juga memaklumkan dia mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas selama tiga hari sebelum mengambi keputusan ke hospital. Bagaimanapun, Mia menjelaskan keadaan dia semakin pulih dan sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.

"Saya mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang dalam keadaan stabil," katanya yang turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan dirinya.

Terdahulu, pengurus yang juga bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Saleh memaklumkan Mia dikejarkan ke dua buah hospital selepas mengalami sesak nafas dan sakit dada. Mia ditahan di hospital selama lapan jam bagi membolehkan doktor memantau keadaannya.



Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram milik pelakon remaja berkenaan. Dalam pada itu, Muhammad Ridhuan berterima kasih kepada peminat yang bimbang akan kesihatan anaknya.

"Saya bagi pihak keluarga Mia Sara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan," tuturnya.

Mia sebelum ini turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang terbaring di katil hospital sehingga menimbulkan pertanyaan pengikut tentang kesihatannya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: