23 November 2022

BILA ABBY ABADI 'BAHAN' SHUK SECARA DEPAN-DEPAN: "BILA NAK KAHWIN DENGAN FARA?"



"Farah sihat? Bila nak kahwin dengan Farah? Wujud lagi tak Farah?" itulah kata pelakon Abby Abadi yang bertanyakan kepada pelawak Shuk Sahar bila dia akan berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Fara yang didakwa orang ketiga kemelut rumah tangganya dan isteri, Rossa Sera.


Dalam perkongsian video yang dimuat naik Abby menerusi TikTok, ia memaparkan Shuk yang datang ke rumah bekas penyanyi kumpulan Elite itu untuk menghantar produk wajah.

Ketika diusik Abby, Shuk dilihat hanya ketawa apabila mendengar soalan yang ditanyakan Abby itu dan seolah-olah tidak selesa.

"Apa ni kak? Bahaya nya video dia ni," kata Shuk.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Abby turut memohon maaf pada kapsyen video tersebut serta mengatakan dia sememangnya suka 'membahan' Shuk.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang terhibur dengan usikan tersebut serta mengatakan secara depan-depan Abby membahan pelawak itu.

Sementara itu, Rossa Sera juga dilihat turut meninggalkan komen pada perkongsian itu seolah setuju dengan usikan Abby.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: