23 November 2022

"ANAK-ANAK OKAY... CUMA YEM NAMPAK MAK DIA MASUK AMBULAN" - BEKAS SUAMI SEMPAT JUMPA NAD ZAINAL SEBELUM MASUK KE HOSPITAL



"Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya belum melawat lagi dia di hospital.


"Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.

"Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan," katanya kepada Gempak.

"Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.

"Mereka pun tak berapa faham sangat... cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans," demikianlah kata bekas suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin.

Klik untuk gambar besar



Faliq memberitahu dia dimaklumkan bekas isterinya itu sudah ditidurkan atas beberapa faktor antaranya untuk memperbaiki pernafasan, selepas doktor dapat mengeluarkan semua darah yang berada pada paru-paru.

Dalam pada itu, bekas suami Nad berkata, dia belum mempunyai kesempatan untuk melawat bekas isterinya itu, bagaimanapun sempat bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya kelihatan lemah.

Faliq turut memberitahu dia ada melawat dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), berusia setahun yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.

Menurut Faliq, Yem seakan-akan memahami situasi memandangkan anak sulung lelakinya itu melihat sendiri ibunya dibawa naik ambulan.

"Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.

"Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans," ujarnya.

Terdahulu, rakan artis iaitu pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah kini dalam keadaan kritikal.

Untuk makluman, Nad mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015. Pada awal September lalu, pelakon berusia 32 tahun itu mengesahkan mereka sudah bercerai namun enggan berkongsi butiran selanjutnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: